Sabtu, 13 Julai 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TAHLIL






Majlis berbuka puasa dan tahlil... lepas tu makan more pula.... mee bandung... yang dimasak oleh master chef surau taman seri mahkota, ustaz shede...

Rabu, 10 Julai 2013

IBADAT DI BULAN RAMADHAN

Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama lebih dapat menghapuskan dosa-dosa dan menjauhkan dari api neraka Jahannam, terutama jika ditambah lagi solat malam. Dinyatakan dalam sebuah hadis bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Puasa itu merupakan perisai bagi seseorang dari api neraka, sebagaimana perisai dalam peperangan” (Hadith riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Majah dari Uthman bin Abil-’Ash; juga diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya serta dinyatakan shahih oleh Hakim dan diluluskan Adz-Dzahabi.) Hadith riwayat Ahmad dengan isnad hasan dan Al-Baihaqi.